Aku Baru Nak Ber-huhuhu

Monday, January 11, 2016

Leonardo DiCaprio wins Best Actor @GoldenGlobes 
Congratulations, my man! Forever one of my favourite actors.

Ketika aku baru nak ber-huhuhu ber-zumba ber-joget dan segala ber lagi di malam hari yang bertemankan angin sepoi-sepoi mendayu-dayu sambil menikmati begedil disaluti kawah minyak dan milo ais kaw kaw manis yang boleh buat aku kena kencing manis kalau diteruskan juga minum, tiba-tiba.......

"Alia tidur! Esok kamu kena bangun pagi!"

Dari ground floor ibu jerit suruh tidur padahal aku dalam bilik tingkat 2 dan bilik gelap tidak berlampu. Kau bayangkan... Macam mana ibu tahu? Nak cakap ibu naik atas tengok, mana ada. Kalau nak cakap ibu tanya yang lain aku dah tidur belum ke tak pun, mana ada. Haa, kau nampak tak superpower seorang ibu tu. Superman, batman ke spiderman ke pun kalah. Kemain super sampai naik bulu roma. Seram weh!

Mood aku terus swing. Baru lah nak layan movie marathon. Haremmm ~ Terus tak jadi nak tidur lambat bila diri ini terasa seperti ada mata-mata yang berkeliaran memerhati. Hm lagipun esok  ada appointment dengan makcik urut tu yang kena tidur awal. Hakak ada jumpa makcik urut 2 minggu sekali. Try lah! Best weh walaupun first time kena urut sakit dia tu memang bawak bergaduh. Tapi lepastu memang lega gila ;> 

Esok lepas urut terus ada kelas sampai pukul 5. Doakan hakak supaya hakak gagah di dalam kelas dan tidak tidur. Ok, bye.

p/s; Haa siapa yang dok layan tic-tac-toe kat blog ni, menang kewww? Ce kabo kat teman.

You Might Also Like

2 Comment

  1. menang lah tic toe! hahaha... erk.. itu supermom punya kuasa tu dpt tau anak dia buat apa. ahahah kesian terbantut niat nak tido lewat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh menang sekali je ;p Tahu takpe huhu

      Delete

Which One?

Like us on Facebook


Write a message

8Share