AKAN MELANCARKAN SEGMEN BARU TIDAK LAMA LAGI ;)
HAPPY DEEPAVALI!
Secara ringkas. Apa itu Deepavali? Menurut pengganut Hindu...
- Salah satu perayaan yang dirayakan oleh masyarakat India.
- Dikenali sebagai Pesta Cahaya.
- juga dikenali sebagai Diwali, Depawali, Dewali, Dipodsavi dan Dipapratipad.
- Sebuah perayaan berwarna-warni yang mengikut adat resam dan kepercayaan yang dirayakan oleh masyarakat India yang beragama Hindu.
- Disambut pada penghujung bulan Oktober dan awal bulan November.
- Perayaan ini dirayakan pada bulan gelap yang dinamakan sebagai 'aippasi'.
- Menyalakan lampu pada pagi hari Deepavali adalah salah satu amalan penting yang perlu dilakukan.
- Untuk menyatakan kesyukuran kepada Tuhan Hindu yang membawakan kegembiraan, pengetahuan, keamanan, dan kemewahan.
- Merupakan satu perayaan penting yang perlu disambut dalam setiap tahun.
- Menandakan permulaan bagi tahun baru dalam kalendar Lunar.
- Diharap dapat memberi sinar keceriaan dan kebahagiaan kepada seluruh pengganut agama Hindu di seluruh dunia.
- Dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum India atas kematian seorang raja yang disifatkan seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada suatu masa dahulu.
- Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Deepavali bermaksud 'sebarisan pelita'.
- Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
- Masyarakat di selatan India meraikannya selama tiga hari berturut-turut berbanding lima hari di sebelah utara negara itu.
- Yang tinggal di kawasan ladang dan estet menyambut perayaan Deepavali ini lebih lama dalam suasana kampung.
Bismillahirrahmanirrahim
Em ini adalah first giveaway/segmen yang aku join. Sebelum ni tak pernah langsung join sebab tak pandai nak bergiveaway walaupun itu cuma alasan sebab caranya tersangatlah senang. So harap-harap ada tuah bila join untuk pertama kali ni. Lagipun hadiah kad raya do! Peh kad raya adalah the best thing ever untuk kita dapat sebelum raya sebab eksaited nak raya dia jadi semacam nanti. & lagipun zaman sekarang ni dah tak pakai kad-kad dah. So kalau dapat tu memang agak rare lah dan best sebab boleh imbau zaman raya yang feeling eksaited dia sebulan pun tak habis. siapa 90's, 80's, 70's and so on dia paham perasaan tu...
1. Tu tengok atas tu tengok ah tengok ah cepat! Kan dah tulis tajuk tu hehe :p
2. Hi MommyLizz! Saya dah follow awak v(^.^)~ buat peace sambil melambaikan tangan mengharapkan Puan MommyLizz menyedari kehadiran iolls...
3. Okay ucapan hari raya..... Aku, yang dikenali sebagai Kay oleh kawan-kawan ((tapi blogger masih tak kenal siapa aku haha)) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya in advance buat semua blogger di seluruh Malaysia termasuklah Brunei. Kepada blogger yang mengenali diri ini, aku ingin memohon maaf dari hujung rambut ke hujung jari kaki kalau ada salah silap yang tak disengajakan mahupun disengajakan selama aku berkecimpung dalam dunia seorang blogger aicewahh haha :p
& tak lupa juga nak wish... SELAMAT BERPUASA! Niat tu ingat, sahur tu perlu, solat jangan tinggal. #InikanPuasa #SyukurSelalu
YAY! AKU MENANG! WALAUPUN TAK MENANG KAD RAYA :((( SOBSOB... TAPI YAY ALHAMDULILLAH AKU MENANG!
Bismillahirrahirrahmanirrahim
Day 4, alhamdulillah aku semakin pulih. Kesakitan itu semakin tidak terasa. Daripada keadaan aku yang tidak boleh untuk duduk begitu lama, berdiri dengan betul bahkan untuk tidur dengan lurus...sekarang aku mampu untuk meregangkan tubuh badanku. Ini semua atas "sikap yang ingin pulih" dengan melakukan fisioterapi dan pemulihan carakerja. Betul apa orang cakap, setiap masalah ada penyelesaiannya. Begitu jugalah untuk penyakit, setiap penyakit ada ubatnya.
Aku sekarang berada di Hospital Rehabilitasi Cheras. Sudah 4 hari duduk wad. Tujuan sebenar adalah untuk memulihkan semula segala pergerakan dan kelemahan yang ada. Rehab...bukan hospital yang selalu doktor akan datang ke katil buat "checkup". Doktor hanya akan datang selepas pesakit melakukan pt dan ot untuk bertanyakan keadaan selepas itu sebab rehab adalah 'pusat pemulihan'. Jadi dari pagi aktiviti pesakit adalah pergi buat fisioterapi, carakerja, dietetik, perdengaran, percakapan dan sebagainya...bukan menunggu doktor datang ke katil memberitahu keadaan diri semasa.
JADUAL AKTIVITI
5.30 - ((nurse akan ambil bacaan tekanan darah))
6.00 - Mandi Pagi
7.30 - Sarapan Pagi
8.30 - Fisioterapi
10.00 - Pemulihan Carakerja
12.00 - Makan Tengahari
3.00 - Makan Petang
5.30 - Makan Malam
6.00 dan seterusnya aktiviti sendiri & pada waktu tertentu bacaan tekanan darah akan diambil...
Sarapan Pagi - BUBUR NASI Makan Tengahari - NASI AYAM & BETIK Makan Petang - PAU KACANG &SUSUMakan Malam - NASI BERLAUK IKAN MASAK KICAP, BROCOLI & JELLY.