Deepavali Vartukal

Tuesday, November 10, 2015


HAPPY DEEPAVALI!


Secara ringkas. Apa itu Deepavali? Menurut pengganut Hindu...

  • Salah satu perayaan yang dirayakan oleh masyarakat India.
  • Dikenali sebagai Pesta Cahaya.
  • juga dikenali sebagai Diwali, Depawali, Dewali, Dipodsavi dan Dipapratipad.
  • Sebuah perayaan berwarna-warni yang mengikut adat resam dan kepercayaan yang dirayakan oleh masyarakat India yang beragama Hindu.
  • Disambut pada penghujung bulan Oktober dan awal bulan November.
  • Perayaan ini dirayakan pada bulan gelap yang dinamakan sebagai 'aippasi'.
  • Menyalakan lampu pada pagi hari Deepavali adalah salah satu amalan penting yang perlu dilakukan.
  • Untuk menyatakan kesyukuran kepada Tuhan Hindu yang membawakan kegembiraan, pengetahuan, keamanan, dan kemewahan.
  • Merupakan satu perayaan penting yang perlu disambut dalam setiap tahun.
  • Menandakan permulaan bagi tahun baru dalam kalendar Lunar.
  • Diharap dapat memberi sinar keceriaan dan kebahagiaan kepada seluruh pengganut agama Hindu di seluruh dunia.
  • Dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum India atas kematian seorang raja yang disifatkan seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada suatu masa dahulu.
  • Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Deepavali bermaksud 'sebarisan pelita'.
  • Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
  • Masyarakat di selatan India meraikannya selama tiga hari berturut-turut berbanding lima hari di sebelah utara negara itu.
  • Yang tinggal di kawasan ladang dan estet menyambut perayaan Deepavali ini lebih lama dalam suasana kampung.


You Might Also Like

1 Comment

Which One?

Like us on Facebook


Write a message

8Share