Semakin Pulih

Friday, March 06, 2015

Bismillahirrahirrahmanirrahim


Sarapan Pagi - BUBUR NASI  Makan Tengahari - NASI AYAM & BETIK  Makan Petang - PAU KACANG & SUSU  Makan Malam - NASI BERLAUK IKAN MASAK KICAP, BROCOLI & JELLY. 

Day 4, alhamdulillah aku semakin pulih. Kesakitan itu semakin tidak terasa. Daripada keadaan aku yang tidak boleh untuk duduk begitu lama, berdiri dengan betul bahkan untuk tidur dengan lurus...sekarang aku mampu untuk meregangkan tubuh badanku. Ini semua atas "sikap yang ingin pulih" dengan melakukan fisioterapi dan pemulihan carakerja. Betul apa orang cakap, setiap masalah ada penyelesaiannya. Begitu jugalah untuk penyakit, setiap penyakit ada ubatnya.

Aku sekarang berada di Hospital Rehabilitasi Cheras. Sudah 4 hari duduk wad. Tujuan sebenar adalah untuk memulihkan semula segala pergerakan dan kelemahan yang ada. Rehab...bukan hospital yang selalu doktor akan datang ke katil buat "checkup". Doktor hanya akan datang selepas pesakit melakukan pt dan ot untuk bertanyakan keadaan selepas itu sebab rehab adalah 'pusat pemulihan'. Jadi dari pagi aktiviti pesakit adalah pergi buat fisioterapi, carakerja, dietetik, perdengaran, percakapan dan sebagainya...bukan menunggu doktor datang ke katil memberitahu keadaan diri semasa.


JADUAL AKTIVITI
5.30   - ((nurse akan ambil bacaan tekanan darah))
6.00   - Mandi Pagi
7.30   - Sarapan Pagi
8.30   - Fisioterapi
10.00 - Pemulihan Carakerja
12.00 - Makan Tengahari
3.00   - Makan Petang
5.30   - Makan Malam
6.00 dan seterusnya aktiviti sendiri & pada waktu tertentu bacaan tekanan darah akan diambil...

You Might Also Like

0 Comment

Which One?

Like us on Facebook


Write a message

8Share